Pembelian

 

"Pelajari Cara dan Teknik Penggunaan FTP Dengan Panduan Yang Mudah Difahami, Penerangan Langkah Demi Langkah. Sangat Mudah!"

 

 

Daripada:

Mohd Zulfadli & Wan Ahmad Azarimy

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Saudara dan saudari,

Salah satu pengetahuan yang WAJIB anda ketahui di dalam usaha perniagaan Internet atau di dalam melakukan pembinaan laman web ialah penggunaan perisian FTP (File Transfer Protocol).

Tanpa menguasai asas penggunaan FTP, anda amat sukar untuk melakukan kerja-kerja membina laman web kerana melalui FTP lah anda akan menghantar (upload) File-File laman web ke Server (Hosting).

Anda mungkin bertanya pula, apa itu Server? Apa itu Hosting? Sebelum kami menjawab persoalan ini, kami ingin menyebut lagi beberapa perkara seperti:

1 - Internet

2 - HTML

3 - Nama Domain

Namun sebelum terjawabnya mengenai apakah perkara-perkara di atas dan bagaimana ia berfungsi, apakah itu sebenarnya FTP? Apakah kegunaannya? Bagaimana ia boleh berfungsi?

Semua soalan-soalan ini akan terjawab di dalam Ebook "Panduan Mudah FTP":

Di dalam Ebook ini, terdapat TIGA bahagian pembelajaran berikut:

Bahagian 1: Asas Internet

1- Anda akan pelajari apakah itu Internet yang anda gunakan sejak dari dahulu. Selepas anda membaca apakah itu Internet di dalam Ebook ini, akhirnya tiada lagi persoalan di benak fikiran anda apa itu Internet yang selama ini asyik dipersoalkan.

Dengan ayat ditulis secara mudah dan TANPA penggunaan istilah teknikal yang banyak, anda akan membaca Ebook ini dengan penuh keseronokan dan pemahaman.

2 - Anda akan ketahui, bagaimana Internet itu berfungsi. Jika sebelum ini anda hanya tahu menggunakannya sahaja, kini anda akan tahu, apakah yang berlaku sebelum sebuah laman web boleh dilayari. 

Kami yakin, walau siapa pun anda, ayat-ayat di dalam Ebook ini amat mudah difahami. Fahamnya anda mengenai Internet, kini anda semakin seronok menggunakannya!

3 - Tulang belakang utama kepada Internet ialah Server. Di dalam Ebook ini, anda akan melihat dan memahami lebih dekat, apakah itu Server dan di mana ia diletakkan. Perkara ini kami amat yakin, begitu ramai yang tidak mengetahuinya.

Setelah membaca bahagian mengenai Server ini, anda akan faham dan tahu, di mana sebenarnya terletak laman web anda. Jika sebelum ini anda pernah mengupload laman web dan hanya tahu mengupload tetapi tidak tahu apa yang sebenarnya anda lakukan itu, kini semuanya akan terjawab, ke manakah anda upload File-File laman web tersebut!

Untuk topik ini, kami yakin ia amat seronok untuk dibaca kerana selain disaduri dengan ayat-ayat yang mudah difahami, anda juga akan ditunjukkan rupa-bentuk sebuah Server dengan lebih dekat! Kini tiada rahsia lagi mengenai perkara ini.

4 - Apakah itu laman web? Begitu banyak panduan-panduan membina laman web di Internet, tetapi panduan itu mempunyai satu kekurangan. Mereka tidak menjelaskan dengan sejelas-jelasnya apakah itu sebenarnya laman web.

Padahal adalah amat penting untuk anda tahu bagaimana sebuah laman web itu boleh berfungsi dan bagaimanakah ia boleh berfungsi. Anda berhak untuk mengetahuinya kerana ia akan memudahkan kerja-kerja anda dalam keadaan tertentu selain anda boleh tahu apakah itu laman web yang sebenar-benarnya.

"Adalah satu kepelikan jikalau anda melakukan sesuatu tetapi
anda tidak tahu apa yang sebenarnya anda lakukan"

Jadi di dalam panduan ini, anda akan diterangkan apakah itu laman web dan bagaimana ia terhasil dan dihasilkan dari sudut yang asas. Anda akan diterangkan bagaimanakah sebuah laman web dihasilkan sehinggalah ia boleh dilayari (dilawati).

Anda pernah melihat rajah (diagram) di atas?

Jika tidak pernah, dapatkan Ebook Panduan Mudah FTP pada hari ini juga untuk mengetahui bagaimana sebenarnya sesebuah laman web itu boleh dilayari sepertimana anda melayari laman web ini.

Bagi sesetengah orang, perkara-perkara di atas teramat tidak diketahui. Mungkin anda salah seorang daripada mereka. Jadi rungkaikan persoalan-persoalan ini hari ini juga agar anda tidak ketinggalan mengenai ilmu IT yang penting juga untuk anda ketahui ini.

5 - Sebuah laman web terhasil daripada kod-kod HTML contohnya seperti berikut: 

Apakah itu HTML?

HTML adalah asas kepada laman web. Tanpa HTML, maka tiadalah laman web. Di dalam Ebook Panduan Mudah FTP ini, anda akan diterangkan secara mudah, apa itu HTML dan bagaimana cara menghasilkan kod-kod tersebut.

Yang lebih seronok ialah, anda akan tahu dan melihat, di manakah File-File HTML ini disimpan agar ia boleh menjadi sebuah laman web dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

6 - Setelah anda memahamai apa itu Internet, Server, laman web dan juga HTML, kemudian anda akan diterangkan PROSES yang berlaku sebelum sesebuah laman web boleh dilayari.

Proses 1 --> Proses 2 ---> Laman Web

Mengetahui hal ini akan memudahkan anda di dalam membina laman web. Ia adalah perkara asas yang amat jarang didedahkan!

 

Bahagian 2: Nama Domain dan Hosting

1- Di dalam kebanyakan Ebook atau buku panduan membina laman web, anda biasanya disuruh membeli nama domain dan juga Hosting. Maka anda pun belilah kedua-dua perkara tersebut.

Tapi sedih dan malangnya, anda tidak tahu apa itu nama domain dan juga Hosting. Sekali lagi:

"Adalah satu kepelikan jikalau anda melakukan sesuatu tetapi
anda tidak tahu apa yang sebenarnya anda lakukan"

Sebab itu kami katakan begitu sedih jikalau anda tidak tahu apa yang anda buat walaupun ia menjadi dan tiada masalah yang timbul. Ia perkara yang memelikkan.

Di dalam Panduan Mudah FTP ini, anda akan diterangkan dengan ayat-ayat yang mudah difahami apakah itu sebenarnya nama domain, apa itu Hosting, kaitan kedua-duanya dan bagaimana ia berfungsi?

2 - Bagaimana Internet wujud dan bagaimana laman web boleh dilayari? Anda akan dijelaskan mengenai perkara ini dengan analogi dan juga gambaran tanpa begitu banyak istilah-istilah teknikal yang menakutkan.

3 - Pada salah satu muka surat untuk bahagian ini, anda akan pelajari satu perkara mudah yang mungkin anda tidak pernah melakukannya. Dapatkan Ebook Panduan FTP pada hari ini juga untuk mengetahui perkara tersebut!

4 - Panduan Membeli Nama Domain dan Hosting. Pada topik ini, anda akan tahu apakah ciri-ciri sebuah nama domain yang baik dan apakah nama yang perlu anda gunakan. Di dalam panduan ini, kami akan berikan tip yang mudah bagaimana untuk menentukan nama domain yang perlu anda beli.

Jika anda masih baru di dalam dunia Internet, di dalam panduan ini, akan dijelaskan apakah sebenarnya maksud .com, .net, .my, .info dan lain-lain lagi yang biasanya berada di akhir nama domain sesebuah laman web.

Untuk panduan Hosting pula, anda disenaraikan beberapa perkara PENTING agar anda tahu pakej Hosting yang manakah perlu di gunakan untuk keperluan anda sendiri. Dengan hanya tiga soalan yang perlu anda jawab, anda akan tahu pakej Hosting yang mana perlu anda beli.

Di antara panduan atau tip yang lain ialah bagaimana untuk mengelak daripada kekecewaan akibat tertipu dengan khidmat 'Web Hosting Provider' dan tidak mendapat servis yang baik daripada mereka.

 

Bahagian 3: FTP Cara Mudah

Inilah intipati utama Ebook ini!

Setelah anda memahami apa itu Internet, Server, Nama Domain, Hosting, Laman Web dan kaitan di antara kesemua itu, maka barulah anda boleh pelajari bagaimana mengupload sebuah laman web (File) ke Server.

Pada bahagian ketiga ini, anda akan pelajari bagaimana menggunakan sebuah perisian FTP iaitu 'FileZilla'. Kegunaan asas perisian ini adalah untuk mengupload apa sahaja jenis File termasuklah File-File laman web ke Hosting (Server).

Jikalau anda katakan panduan ini sudah ada di Internet secara percuma, ingin saya katakan di sini bahawa:

Tutorial dan panduan di dalam Ebook ini lebih mudah difahami dan bukan
satu atau dua perkara diterangkan, tetapi lebih daripada itu.

Apa yang akan anda pelajari di dalam Bahagian Tiga ini ialah:

1. Bagaimana menghubungi Server menggunakan FileZilla

2. Upload semua File dengan cara ____________ (anda akan tahu jika membeli Ebook ini)

3. Overwrite File di Server (ramai yang 'pening' dengan perkara ini)

4. Upload semua File sekaligus dengan cara _____________

5. Download File dari Server

6. Delete File atau Folder di Server

7. Melakukan sedikit konfigurasi pada FileZilla untuk Login ke Server dengan lebih cepat!

 

Bukan Sekadar Teks, Tapi Lebih Daripada Itu!

 

 

Berapakah kos untuk Ebook ini?

Anda hanya perlu bayar:

RM20 sahaja!

 

Dapatkan pada hari ini juga untuk menambah ilmu dan pengetahuan Internet anda. Tidak perlu lagi membeli atau membaca buku yang tebal-tebal untuk mengetahui secara mudah perkara-perkara yang telah kami nyatakan. Cukup hanya Ebook Panduan Mudah FTP ini sahaja.

 

Salam ikhlas daripada kami,

Mohd Zulfadli & Wan Ahmad Azarimy

 

PS. Ebook ini wajib didapatkan pada hari ini juga agar anda faham asas-asas Internet dan yang berkaitan. Dapatkan sekarang!

 

 

 

| Pembelian | Hubungi Kami |